(1115 - 1206
H/1701 - 1793 M)
Nama
Lengkapnya
BELIAU
adalah Syeikh al-Islam al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali
bin Muhammad bin Ahmad bin Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi
al-Hambali an-Najdi.
Tempat dan
Tarikh Lahirnya
Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab dilahirkan pada tahun 1115 H (1701 M) di kampung
`Uyainah (Najd), lebih kurang 70 km arah barat laut kota Riyadh, ibukota Arab
Saudi sekarang.Beliau meninggal dunia pada 29 Syawal 1206 H (1793 M) dalam usia
92 tahun, setelah mengabdikan diri selama lebih 46 tahun dalam memangku jabatan sebagai menteri penerangan Kerajaan Arab
Saudi .
Pendidikan
dan Pengalamannya
Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab berkembang dan dibesarkan dalam kalangan keluarga
terpelajar. Ayahnya adalah ketua jabatan agama setempat. Sedangkan kakeknya
adalah seorang qadhi (mufti besar), tempat di mana masyarakat Najd menanyakan
segala sesuatu masalah yang bersangkutan dengan agama. Oleh karena itu, kita
tidaklah hairan apabila kelak beliau juga menjadi seorang ulama besar seperti
datuknya. Sebagaimana lazimnya keluarga ulama, maka Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab sejak masih kanak-kanak telah dididik dan ditempa jiwanya dengan
pendidikan agama, yang diajar sendiri oleh ayahnya, Syeikh `Abdul Wahhab. Sejak
kecil lagi Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab sudah kelihatan tanda-tanda
kecerdasannya. Beliau tidak suka membuang masa dengan sia-sia seperti kebiasaan
tingkah laku kebanyakan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Berkat
bimbingan kedua ibu-bapaknya, ditambah dengan kecerdasan otak dan kerajinannya,
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah berjaya menghafal al-Qur'an 30 juz
sebelum berusia sepuluh tahun.Setelah beliau belajar pada orantuanya tentang beberapa
bidang pengajian dasar yang meliputi bahasa dan agama, beliau diserahkan oleh
ibu-bapaknya kepada para ulama setempat sebelum dikirim oleh ibu-bapaknya ke
luar daerah.
Tentang
ketajaman fikirannya, saudaranya Sulaiman bin `Abdul Wahab pernah menceritakan
begini: "Bahwa ayah mereka, Syeikh `Abdul Wahab merasa sangat kagum atas
kecerdasan Muhammad, padahal ia masih di bawah umur. Beliau berkata: `Sungguh
aku telah banyak mengambil manfaat dari ilmu pengetahuan anakku Muhammad,
terutama di bidang ilmu Fiqh.' "
Syeikh
Muhammad mempunyai daya kecerdasan dan ingatan yang kuat, sehingga apa saja
yang dipelajarinya dapat difahaminya dengan cepat sekali, kemudian apa yang
telah dihafalnya tidak mudah pula hilang dalam ingatannya. Demikianlah
keadaannya, sehingga kawan-kawan sepermainannya kagum dan heran kepadanya.
Belajar
di Makkah, Madinah dan Basrah
Setelah
mencapai usia dewasa, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab diajak oleh ayahnya
untuk bersama-sama pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang
kelima - mengerjakan haji di Baitullah. Dan manakala telah selesai menunaikan
ibadah haji, ayahnya terus kembali ke kampung halamannya. Adapun Muhammad, ia
tidak pulang, tetapi terus tinggal di Mekah selama beberapa waktu, kemudian
berpindah pula ke Madinah untuk melanjutkan pengajiannya di sana.
Di Madinah,
beliau berguru pada dua orang ulama besar dan termasyhur di waktu itu.
Kedua-dua ulama tersebut sangat berjasa dalam membentuk pemikirannya, yaitu
Syeikh Abdullah bin Ibrahim bin Saif an-Najdi dan Syeikh Muhammad Hayah
al-Sindi. Selama berada di Madinah, beliau sangat prihatin menyaksikan ramai
umat Islam setempat maupun penziarah dari luar kota Madinah yang telah
melakukan perbuatan-perbuatan tidak kesyirikan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh
orang yang mengaku dirinya Muslim. Beliau melihat ramai umat yang berziarah ke
maqam Nabi mahupun ke maqam-maqam lainnya untuk memohon syafaat, bahkan meminta
sesuatu hajat pada kuburan mahupun penghuninya, yang mana hal ini sama sekali
tidak dibenarkan oleh agama Islam. Apa yang disaksikannya itu menurut Syeikh
Muhammad adalah sangat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenarnya.
Kesemua
inilah yang semakin mendorong Syeikh Muhammad untuk lebih mendalami
pengkajiannya tentang ilmu ketauhidan yang murni, yakni Aqidah Salafiyah.
Bersamaan dengan itu beliau berjanji pada dirinya sendiri, bahwa pada suatu
ketika nanti, beliau akan mengadakan perbaikan (Islah) dan pembaharuan (Tajdid)
dalam masalah yang berkaitan dengan ketauhidan, yaitu mengembalikan aqidah umat
kepada sebersih-bersihnya tauhid yang jauh dari khurafat, tahyul dan bid'ah.
Untuk itu, beliau mesti mendalami benar-benar tentang aqidah ini melalui
kitab-kitab hasil karya ulama-ulama besar di abad-abad yang silam.
Di antara
karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam jiwanya adalah
karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau adalah mujaddid besar abad ke
7 Hijriyah yang sangat terkenal.
Demikianlah
meresapnya pengaruh dan gaya Ibnu Taimiyah dalam jiwanya, sehingga Syeikh Muhammad
bin `Abdul Wahab bagaikan duplikat(salinan) Ibnu Taimiyah. Khususnya dalam
aspek ketauhidan, seakan-akan semua yang diidam-idamkan oleh Ibnu Taimiyah
semasa hidupnya yang penuh ranjau dan tekanan dari pihak berkuasa, semuanya
telah ditebus dengan kejayaan Ibnu `Abdul Wahab yang hidup pada abad ke 12
Hijriyah itu.
Setelah
beberapa lama menetap di Mekah dan Madinah, kemudian beliau berpindah ke
Basrah. Di sini beliau bermukim lebih lama, sehingga banyak ilmu-ilmu yang
diperolehinya, terutaman di bidang hadith danmusthalahnya, fiqh dan usul
fiqhnya, gramatika (ilmu qawa'id) dan tidak ketinggalan pula lughatnya semua.
Lengkaplah
sudah ilmu yang diperlukan oleh seorang yang pintar yang kemudian dikembangkan
sendiri melalui metode otodidak (belajar sendiri) sebagaimana lazimnya para
ulama besar Islam mengembangkan ilmu-ilmunya. Di mana bimbingan guru hanyalah
sebagai modal dasar yang selanjutnya untuk dapat dikembangkan dan digali
sendiri oleh yang bersangkutan.
Mulai
Berdakwah
Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab memulai dakwahnya di Basrah, tempat di mana beliau
bermukim untuk menuntut ilmu ketika itu. Akan tetapi dakwahnya di sana kurang
bersinar, karena menemui banyak rintangan dan halangan dari kalangan para ulama
setempat. Di antara pendukung dakwahnya di kota Basrah ialah seorang ulama yang
bernama Syeikh Muhammad al-Majmu'i. Tetapi Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab
bersama pendukungnya mendapat tekanan dan ancaman dari sebagian ulama yang
sesat, yaitu ulama jahat yang memusuhi dakwahnya di sana; keduanya diancam akan
dibunuh. Akhirnya beliau meninggalkan Basrah dan mengembara ke beberapa negeri
Islam untuk menyebarkan ilmu dan pengalamannya.
Di samping
mempelajari keadaan negeri-negeri Islam tetangga, demi kepentingan dakwahnya di
masa akan datang, dan setelah menjelajahi beberapa negeri Islam, beliau lalu
kembali ke al-Ihsa menemui gurunya Syeikh Abdullah bin `Abd Latif al-Ihsai
untuk mendalami beberapa bidang pengajian tertentu yang selama ini belum sempat
didalaminya. Di sana beliau bermukim untuk beberapa waktu, dan kemudian beliau
kembali ke kampung asalnya 'Uyainah, tetapi tidak lama kemudian beliau menyusul
orang tuanya yang merupakan bekas ketua jabatan urusan agama 'Uyainah ke
Haryamla, yaitu suatu tempat di daerah Uyainah juga.
Adalah dikatakan
bahwa di antara orang tua Syeikh Muhammad dan pihak berkuasa Uyainah berlaku
perselisihan pendapat, yang oleh karena itulah orang tua Syeikh Muhammad
terpaksa berhijrah ke Haryamla pada tahun 1139 H. Setelah perpindahan ayahnya
ke Haryamla kira-kira setahun, barulah Syeikh Muhammad menyusulnya pada tahun
1140 H. Kemudian, beliau bersama ayahnya itu mengembangkan ilmu dan mengajar
serta berdakwah selama lebih kurang 13 tahun lamanya, sehingga ayahnya
meninggal dunia di sana pada tahun 1153.
Setelah tiga
belas tahun menegakkan amar ma'ruf dan nahi mungkar di Haryamla, beliau
mengajak pihak Penguasa setempat untuk bertindak tegas terhadap gerombolan
penjahat yang selalu melakukan kerusuhan, merampas, merampok serta melakukan
pembunuhan. Maka gerombolan tersebut tidak senang kepada Syeikh Muhammad, lalu
mereka mengancam hendak membunuhnya. Syeikh Muhammad terpaksa meninggalkan
Haryamla, berhijrah ke Uyainah tempat ayahnya dan beliau sendiri dilahirkan.
KEADAAN
NEGERI NAJD, HIJAZ DAN SEKITARNYA
KEADAAN
negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan tauhid amatlah
buruknya. Krisis Aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi
dan politik sudah mencapai titik kulminasi. Semua itu adalah akibat penjajahan
bangsa Turki yang berpanjangan terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah
Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya, di bawah penguasaan Sultan Muhammad
Ali Pasya yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai Gubenur
Jenderal untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berkedudukan di
Mesir.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya.
Pemerintahan Turki Raya pada waktu itu mempunyai daerah kekuasaan yang cukup luas. Pemerintahannya berpusat di Istanbul (Turki), yang begitu jauh dari daerah jajahannya. Kekuasaan dan pengendalian khalifah mahupun sultan-sultannya untuk daerah yang jauh dari pusat, sudah mulai lemah dan kendur disebabkan oleh kekacauan di dalam negeri dan kelemahan di pihak khalifah dan para sultannya.
Disamping
itu, adanya cita-cita dari amir-amir di negeri Arab untuk melepaskan diri dari
kekuasaan pemerintah pusat yang berkedudukan di Turki. Ditambah lagi dengan
hasutan dari bangsa Barat, terutama penjajah tua yaitu Inggris dan Perancis
yang menghasut bangsa Arab dan umat Islam supaya berjuang merebut kemerdekaan
dari bangsa Turki, hal mana sebenarnya hanyalah tipudaya untuk memudahkan kaum
penjajah tersebut menanamkan pengaruhnya di kawasan itu, kemudian
mencengkeramkan kuku penjajahannya di dalam segala lapangan, seperti politik,
ekonomi, kebudayaan dan aqidah.
Kemerosotan
dari sektor agama, terutama yang menyangkut aqidah sudah begitu memuncak.
Kebudayaan jahiliyah dahulu seperti taqarrub (mendekatkan diri) pada kuburan
(maqam) keramat, memohon syafaat dan meminta berkat serta meminta diampuni dosa
dan disampaikan hajat, sudah menjadi ibadah mereka yang paling utama sekali,
sedangkan ibadah-ibadah menurut syariat yang sebenarnya pula dijadikan perkara
kedua. Di mana ada maqam wali, orang-orang soleh, penuh dibanjiri oleh
penziarah-penziarah untuk meminta sesuatu hajat keperluannya. Seperti misalnya
pada maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani, dan maqam- maqam wali lainnya. Hal ini
terjadi bukan hanya di tanah Arab saja, tetapi juga di mana-mana, di seluruh
pelosok dunia sehingga suasana di negeri Islam waktu itu seolah-olah sudah
berbalik menjadi jahiliyah seperti pada waktu pra Islam menjelang kebangkitan
Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Masyarakat
Muslim lebih banyak berziarah ke kuburan atau maqam-maqam keramat dengan segala
macam munajat dan tawasul, serta pelbagai doa dialamatkan kepada maqam dan
mayat didalamnya, dibandingkan dengan mereka yang datang ke masjid untuk solat
dan munajat kepada Allah subhaanahu wa ta'ala. Demikianlah kebodohan umat Islam
hampir merata di seluruh negeri, sehingga di mana-mana maqam yang dianggap
keramat, maqam itu dibina bagaikan bangunan masjid, malah lebih mewah daripada
masjid, karena dengan mudah saja dana mengalir dari mana-mana, terutama biaya
yang diperolehi dari setiap pengunjung yang berziarah ke sana, atau memang
adanya tajaan dari orang yang membiayainya di belakang tabir, dengan
maksud-maksud tertentu. Seperti dari imperalis Inggris yang berdiri di belakang
tabir maqam Syeikh Abdul Qadir Jailani di India misalnya.
Di
tengah-tengah keadaan yang sedemikian rupa, maka Allah melahirkan seorang
Mujadid besar (Pembaharu Besar) Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab (al-Wahabi)
dari `Uyainah (Najd) sebagai mujaddid Islam terbesar abad ke 12 Hijriyah,
setelah Ibnu Taimiyah, mujaddid abad ke 7 Hijriyah yang sangat terkenal itu.
Bidang
pentajdidan kedua mujaddid besar ini adalah sama, yaitu mengadakan pentajdidan
dalam aspek aqidah, walau masanya berbeda, yaitu kedua-duanya tampil untuk
memperbaharui agama Islam yang sudah mulai tercemar dengan bid'ah, khurafat dan
tahyul yang sedang melanda Islam dan kaum Muslimin. Menghadapi hal ini Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab telah menyusun barisan Ahli Tauhid (Muwahhidin) yang
berpegang kepada pemurnian tauhid. Bagi para lawannya, pergerakan ini mereka
sebut Wahabiyin yaitu gerakan Wahabiyah.
Dalam pergerakan
tersebut tidak sedikit rintangan dan halangan yang dilalui. Kadangkala Syeikh
terpaksa melakukan tindakan kekerasan apabila tidak boleh dengan cara yang
lembut. Tujuannya tidak lain melainkan untuk mengembalikan Islam kepada
kedudukannya yang sebenarnya, yaitu dengan memurnikan kembali aqidah umat Islam
seperti yang diajarkan oleh Kitab Allah dan Sunnah RasulNya. Setelah perjuangan
yang tidak mengenal lelah itu, akhirnya niat yang ikhlas itu diterima oleh
Allah, sesuai dengan firmanNya: " Wahai orang-orang yang beriman, jika
kamu menolong Allah nescaya Allah akan menolongmu dan menetapkan pendirianmu.
" (Muhammad: 7)
Awal
Pergerakan Tauhid
Muhammad bin
`Abdul Wahab memulakan pergerakan di kampungnya sendiri yaitu Uyainah. Di waktu
itu Uyainah diperintah oleh seorang amir (penguasa) bernama Amir Uthman bin
Mu'ammar. Amir Uthman menyambut baik idea dan gagasan Syeikh Muhammad itu
dengan sangat gembira, dan beliau berjanji akan menolong perjuangan tersebut
sehingga mencapai kejayaan.
Selama Syeikh
melancarkan dakwahnya di Uyainah, masyarakat negeri itu semua lelaki dan wanita
merasakan kembali kedamaian luar biasa, yang selama ini belum pernah mereka
rasakan. Dakwah Syeikh bergema di negeri mereka. Ukhuwah Islamiyah dan
persaudaraan Islam telah tumbuh kembali berkat dakwahnya di seluruh pelusuk
Uyainah dan sekitarnya. Orang-orang dari jauh pun mula mengalir berhijrah ke
Uyainah, karena mereka menginginkan keamanan dan ketenteraman jiwa di negeri
ini.
Syahdan;
pada suatu hari, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab meminta izin pada Amir Uthman
untuk menghancurkan sebuah bangunan yang dibina di atas maqam Zaid bin
al-Khattab. Zaid bin al-Khattab adalah saudara kandung Umar bin al-Khattab,
Khalifah Rasulullah yang kedua. Syeikh Muhammad mengemukakan alasannya kepada
Amir, bahwa menurut hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, membina
sesebuah bangunan di atas kubur adalah dilarang, karena yang demikian itu akan
menjurus kepada kemusyrikan. Amir menjawab: "Silakan... tidak ada seorang
pun yang boleh menghalang rancangan yang mulia ini."
Tetapi
Syeikh mengajukan pendapat bahwa beliau khuatir masalah itu kelak akan
dihalang-halangi oleh ahli jahiliyah(kaum Badwi) yang tinggal berdekatan maqam
tersebut. Lalu Amir menyediakan 600 orang tentara untuk tujuan tersebut
bersama-sama Syeikh Muhammad merobohkan maqam yang dikeramatkan itu. Sebenarnya
apa yang mereka sebut sebagai maqam Zaid bin al-Khattab radhiallahu anhu yang
gugur sebagai syuhada' Yamamah ketika menumpaskan gerakan Nabi Palsu (Musailamah
al-Kazzab) di negeri Yamamah suatu waktu dulu, hanyalah berdasarkan prasangka
belaka. Karena di sana terdapat puluhan syuhada' (pahlawan) Yamamah yang
dikebumikan tanpa jelas lagi pengenalan mereka. Bisa saja yang mereka anggap
maqam Zaid bin al-Khattab itu adalah maqam orang lain. Tetapi oleh karena
masyarakat setempat di situ telah terlanjur beranggapan bahwa itulah maqam
beliau, mereka pun mengkeramatkannya dan membina sebuah masjid di tempat itu,
yang kemudian dihancurkan pula oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab atas
bantuan Amir Uyainah, Uthman bin Mu'ammar.
Syeikh
Muhammad tidak berhenti sampai disitu, akan tetapi semua maqam- maqam yang
dipandang berbahaya bagi aqidah ketauhidan, yang dibina seperti masjid yang
pada ketika itu berselerak di seluruh wilayah Uyainah turut diratakan semuanya.
Hal ini adalah untuk mencegah agar jangan sampai dijadikan objek peribadatan
oleh masyarakat Islam setempat yang sudah mulai nyata kejahiliahan dalam diri
mereka. Dan berkat rahmat Allah, maka pusat-pusat kemusyrikan di negeri Uyainah
dewasa itu telah terkikis habis sama sekali.
Setelah
selesai dari masalah tauhid, maka Syeikh mulai menerangkan dan mengajarkan
hukum-hukum syariat yang sudah berabad-abad hanya termaktub saja dalam
buku-buku fiqh, tetapi tidak pernah diterapkan sebagai hukum yang diamalkan.
Maka yang dilaksanakannya mula-mula sekali ialah hukum rajam bagi penzina.
Pada suatu
hari datanglah seorang wanita yang mengaku dirinya berzina ke hadapan Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab, dia meminta agar dirinya dijatui hukuman yang sesuai
dengan hukum Allah dan RasulNya. Meskipun Syeikh mengharapkan agar wanita itu
menarik balik pengakuannya itu, supaya ia tidak terkena hukum rajam, namun
wanita tersebut tetap bertahan dengan pengakuannya tadi, ia ingin menjalani
hukum rajam. Maka, terpaksalah Syeikh menjatuhkan kepadanya hukuman rajam atas
dasar pengakuan wanita tersebut.
Berita
tentang kejayaan Syeikh dalam memurnikan masyarakat Uyainah dan penerapan hukum
rajam kepada orang yang berzina, sudah tersebar luas di kalangan masyarakat
Uyainah mahupun di luar Uyainah. Masyarakat Uyainah dan sekelilingnya menilai
gerakan Syeikh Ibnu `Abdul Wahab ini sebagai suatu perkara yang mendatangkan
kebaikan. Namun, beberapa kalangan tertentu menilai pergerakan Syeikh Muhammad
itu sebagai suatu perkara yang negatif dan membahayakan kedudukan mereka.
Memang, hal ini sama keadaannya dimanapun di saat tersebut, bahkan pergerakan
pembaharuan tersebut dipandang rawan bagi penentangnya. Hal tersebut seperti
halnya untuk mengislamkan masyarakat Islam yang sudah kembali ke jahiliyah ini,
yaitu, dengan cara mengembalikan mereka kepada Aqidah Salafiyah seperti di
zaman Nabi, para Sahabat dan para Tabi'in dahulu.
Di antara
yang menentangnya dakwah tersebut adalah Amir (pihak berkuasa) wilayah al-Ihsa'
(suku Badwi) dengan para pengikut- pengikutnya dari Bani Khalid Sulaiman bin
Ari'ar al-Khalidi. Mereka adalah suku Badui yang terkenal berhati keras, suka
merampas, merampok dan membunuh. Pihak berkuasa al-Ihsa' khuatir kalau pergerakan
Syeikh Muhammad tidak dipatahkan secepat mungkin, sudah pasti wilayah
kekuasaannya nanti akan direbut oleh pergerakan tersebut. Padahal Amir ini
sangat takut dijatuhkan hukum Islam seperti yang telah diperlakukan di negeri
Uyainah. Dan tentunya yang lebih ditakutinya lagi ialah kehilangan kedudukannya
sebagai Amir (ketua) suku Badui.
Maka Amir
Badui ini menulis sepucuk surat kepada Amir Uyainah yang isinya mengancam pihak
berkuasa Uyainah. Adapun isi ancaman tersebut ialah: "Apabila Amir Uthman
tetap membiarkan dan mengizinkan Syeikh Muhammad terus berdakwah dan bertempat
tinggal di wilayahnya, serta tidak mau membunuh Syeikh Muhammad, maka semua
pajak dan upeti wilayah Badui yang selama ini dibayar kepada Amir Uthman akan
diputuskan (ketika itu wilayah Badwi tunduk dibawah kekuasaan pemerintahan
Uyainah)." Jadi, Amir Uthman dipaksa untuk memilih dua pilihan, membunuh
Syeikh atau suku Badui itu menghentikan pembayaran upeti. Ancaman ini amat
mempengaruhi pikiran Amir Uthman, karena upeti dari wilayah Badui sangat besar
artinya baginya. Adapun upeti tersebut adalah terdiri dari emas murni.
Didesak oleh
tuntutan tersebut, terpaksalah Amir Uyainah memanggil Syeikh Muhammad untuk
diajak berunding bagaimanakah mencari jalan keluar dari ancaman tersebut.
Soalnya, dari pihak Amir Uthman tidak pernah sedikit pun terfikir untuk
mengusir Syeikh Muhammad dari Uyainah, apalagi untuk membunuhnya. Tetapi,
sebaliknya dari pihaknya juga tidak terdaya menangkis serangan pihak suku Badui
itu.
Maka, Amir
Uthman meminta kepada Syeikh Muhammad supaya dalam hal ini demi keselamatan
bersama dan untuk menghindari dari terjadinya pertumpahan darah, sebaiknya
Syeikh bersedia mengalah untuk meninggalkan negeri Uyainah. Syeikh Muhammad
menjawab seperti berikut: "Wahai Amir! Sebenarnya apa yang aku sampaikan
dari dakwahku, tidak lain adalah DINULLAH (agama Allah), dalam rangka
melaksanakan kandungan LA ILAHA ILLALLAH - Tiada Tuhan melainkan Allah,
Muhammad Rasulullah.
Maka
barangsiapa berpegang teguh pada agama dan membantu pengembangannya dengan
ikhlas dan yakin, pasti Allah akan mengulurkan bantuan dan pertolonganNya
kepada orang itu, dan Allah akan membantunya untuk dapat menguasai
negeri-negeri musuhnya. Saya berharap kepada anda Amir supaya bersabar dan
tetap berpegang terhadap pegangan kita bersama terlebih dahulu, untuk sama-sama
berjuang demi tegaknya kembali Dinullah di negeri ini. Mohon sekali lagi Amir
menerima ajakan ini. Mudah-mudahan Allah akan memberi pertolongan kepada anda
dan menjaga anda dari ancaman Badui itu, begitu juga dengan musuh-musuh anda
yang lainnya. Dan Allah akan memberi kekuatan kepada anda untuk melawan mereka
agar anda dapat mengambil alih daerah Badui untuk sepenuhnya menjadi daerah
Uyainah di bawah kekuasaan anda." Setelah bertukar fikiran di antara
Syeikh dan Amir Uthman, tampaknya pihak Amir tetap pada pendiriannya, yaitu
mengharapkan agar Syeikh meninggalkan Uyainah secepat mungkin.
Dalam
bukunya yang berjudul Al-Imam Muhammad bin `Abdul Wahab, Wada' Watahu
Wasiratuhu, Syeikh Muhammad bin `Abdul `Aziz bin `Abdullah bin Baz, beliau
berkata: "Demi menghindari pertumpahan darah, dan karena tidak ada lagi
pilihan lain, di samping beberapa pertimbangan lainnya maka terpaksalah Syeikh
meninggalkan negeri Uyainah menuju negeri Dar'iyah dengan menempuh perjalanan
secara berjalan kaki seorang diri tanpa ditemani oleh seorangpun. Beliau
meninggalkan negeri Uyainah pada waktu dinihari, dan sampai ke negeri Dar'iyah
pada waktu malam hari." (Ibnu Baz, Syeikh `Abdul `Aziz bin `Abdullah, m.s
22)
Tetapi ada
juga tulisan lainnya yang mengatakan bahwa: Pada mulanya Syeikh Muhammad
mendapat dukungan penuh dari pemerintah negeri Uyainah Amir Uthman bin
Mu'ammar, namun setelah api pergerakan dinyalakan, pemerintah setempat
mengundurkan diri dari percaturan pergerakan karena alasan politik (besar
kemungkinan takut dipecat dari kedudukannya sebagai Amir Uyainah oleh pihak
atasannya). Dengan demikian, tinggallah Syeikh Muhammad dengan beberapa orang
sahabatnya yang setia untuk meneruskan dakwahnya. Dan beberapa hari kemudian,
Syeikh Muhammad diusir keluar dari negeri itu oleh pemerintahnya.
Bersamaan
dengan itu, pihak berkuasa telah merencanakan pembunuhan ke atas diri Syeikh di
dalam perjalanannya, namun Allah mempunyai rencana sendiri untuk menyelamatkan Syeikh
dari usaha pembunuhan, wamakaru wamakarallalu wallahu khairul makirin. Mereka
mempunyai rencana dan Allah mempunyai rencanaNya juga, dan Allah sebaik-baik
pembuat rencana. Sehingga Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab selamat di
perjalanannya sampai ke negeri tujuannya, yaitu negeri Dar'iyah.
Syeikh
Muhammad di Dar'iyah
Sesampainya
Syeikh Muhammad di sebuah kampung wilayah Dar'iyah, yang tidak berapa jauh dari
tempat kediaman Amir Muhammad bin Saud (pemerintah negeri Dar'iyah), Syeikh
menemui seorang penduduk di kampung itu, orang tersebut bernama Muhammad bin
Sulaim al-`Arini. Bin Sulaim ini adalah seorang yang dikenal soleh oleh
masyarakat setempat.
Syeikh
meminta izin untuk tinggal bermalam di rumahnya sebelum ia meneruskan
perjalanannya ke tempat lain. Pada mulanya ia ragu-ragu menerima Syeikh di
rumahnya, karena suasana Dar'iyah dan sekelilingnya pada waktu itu tidak
tenteram, menyebabkan setiap tamu yang datang hendaklah melaporkan diri kepada
pihak berkuasa setempat. Namun, setelah Syeikh memperkenalkan dirinya serta
menjelaskan maksud dan tujuannya datang ke negeri Dar'iyah, yaitu hendak
menyebarkan dakwah Islamiyah dan membenteras kemusyrikan, barulah Muhammad bin
Sulaim ingin menerimanya sebagai tamu di rumahnya.
Sesuai
dengan peraturan yang wujud di Dar'iyah di kala itu, yang mana setiap tetamu
hendaklah melaporkan diri kepada pihak berkuasa setempat, maka Muhammad bin
Sulaim menemui Amir Muhammad untuk melaporkan tamunya yang baru tiba dari
Uyainah dengan menjelaskan maksud dan tujuannya kepada beliau.
Kononnya,
ada riwayat yang mengatakan; bahwa seorang soleh datang menemui isteri Amir
Ibnu Saud, ia berpesan untuk menyampaikan kepada suaminya, bahwa ada seorang
ulama dari Uyainah yang bernama Muhammad bin `Abdul Wahab hendak menetap di
negerinya. Beliau hendak menyampaikan dakwah Islamiyah dan mengajak masyarakat
kepada sebersih- bersih tauhid. Ia meminta agar isteri Amir Ibnu Saud membujuk
suaminya supaya menerima ulama tersebut agar dapat menjadi warga negeri
Dar'iyah serta mau membantu perjuangannya dalam menegakkan agama Allah.
Isteri Ibnu
Saud ini sebenarnya adalah seorang wanita yang soleh. Maka, tatkala Ibnu Saud
mendapat giliran ke rumah isterinya ini, si isteri menyampaikan semua
pesan-pesan itu kepada suaminya. Selanjutnya ia berkata kepada suaminya:
"Bergembiralah kakanda dengan keuntungan besar ini, keuntungan di mana
Allah telah mengirimkan ke negeri kita seorang ulama, juru dakwah yang mengajak
masyarakat kita kepada agama Allah, berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah
RasulNya. Inilah suatu keuntungan yang sangat besar. Kanda jangan ragu-ragu
untuk menerima dan membantu perjuangan ulama ini, mari sekarang juga kekanda
menjemputnya kemari."
Akhirnya,
baginda Ibnu Saud dapat diyakinkan oleh isterinya yang soleh itu. Namun,
baginda bimbang sejenak. Ia berfikir apakah Syeikh itu dipanggil datang
menghadapnya, ataukah dia sendiri yang harus datang menjemput Syeikh, untuk
dibawa ke tempat kediamannya? Baginda pun meminta pandangan dari beberapa
penasihatnya, terutama isterinya sendiri, tentang bagaimanakah cara yang lebih
baik harus dilakukannya.
Isterinya
dan para penasihatnya yang lain sepakat bahwa sebaik- baiknya dalam hal ini,
baginda sendiri yang harus datang menemui Syeikh Muhammad di rumah Muhammad bin
Sulaim. Karena ulama itu didatangi dan bukan ia yang datang, al-`alim Yuraru
wala Yazuru.'` Maka baginda dengan segala kerendahan hatinya menyetujui nasihat
dan isyarat dari isteri maupun para penasihatnya.
Maka
pergilah baginda bersama beberapa orang pentingnya ke rumah Muhammad bin
Sulaim, di mana Syeikh Muhammad bermalam. Sesampainya baginda di rumah Muhammad
bin Sulaim; di sana Syeikh bersama anda punya rumah sudah bersedia menerima
kedatangan Amir Ibnu Saud. Amir Ibnu Saud memberi salam dan keduanya saling
merendahkan diri, saling menghormati.
Amir Ibnu
Saud berkata: "Ya Syeikh! Bergembiralah anda di negeri kami, kami menerima
dan menyambut kedatangan anda di negeri ini dengan penuh gembira. Dan kami
berikrar untuk menjamin keselamatan dan keamanan anda Syeikh di negeri ini
dalam menyampaikan dakwahnya kepada masyarakat Dar'iyah. Demi kejayaan dakwah
Islamiyah yang anda Syeikh rencanakan, kami dan seluruh keluarga besar Ibnu
Saud akan mempertaruhkan nyawa dan harta untuk bersama-sama anda Syeikh berjuang
demi meninggikan agama Allah dan menghidupkan sunnah RasulNya sehingga Allah
memenangkan perjuangan ini, Insya Allah!"
Kemudian
anda Syeikh menjawab: "Alhamdulillah, anda juga patut gembira, dan Insya
Allah negeri ini akan diberkati Allah subhaanahu wa ta'ala. Kami ingin mengajak
umat ini kepada agama Allah. Siapa yang menolong agama ini, Allah akan
menolongnya. Dan siapa yang mendukung agama ini, nescaya Allah akan
mendukungnya. Dan Insya Allah kita akan melihat kenyataan ini dalam waktu yang
tidak begitu lama."
Demikianlah
seorang Amir (penguasa) tunggal negeri Dar'iyah, yang bukan hanya sekadar
membela dakwahnya saja, tetapi juga sekaligus membela darahnya bagaikan saudara
kandung sendiri, yang berarti di antara Amir dan Syeikh sudah bersumpah setia
sehidup-semati, senasib, dalam menegakkan hukum Allah dan RasulNya di bumi
persada tanah Dar'iyah.
Ternyata apa
yang diikrarkan oleh Amir Ibnu Saud itu benar-benar ditepatinya. Ia bersama
Syeikh seiring sejalan, bahu-membahu dalam menegakkan kalimah Allah, dan
berjuang di jalanNya. Sehingga cita- cita dan perjuangan mereka disampaikan
Allah dengan penuh kemenangan yang gilang-gemilang.
Sejak
hijrahnya Tuan Syeikh ke negeri Dar'iyah, kemudian melancarkan dakwahnya di
sana, maka berduyun-duyunlah masyarakat luar Dar'iyah yang datang dari penjuru
Jazirah Arab. Di antara lain dari Uyainah, Urgah, Manfuhah, Riyadh dan
negeri-negeri jiran yang lain, menuju Dar'iyah untuk menetap dan bertempat
tinggal di negeri hijrah ini, sehingga negeri Dar'iyah penuh sesak dengan kaum
muhajirin dari seluruh pelosok tanah Arab.
Nama Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab dengan ajaran-ajarannya itu sudah begitu popular di
kalangan masyarakat, baik di dalam negeri Dar'iyah mahupun di luar negerinya,
sehingga ramai para penuntut ilmu datang berbondong-bondong, secara
perseorangan maupun secara berombongan datang ke negeri Dar'iyah.
Maka
menetaplah Syeikh di negeri Hijrah ini dengan penuh kebesaran, kehormatan dan
ketenteraman serta mendapat sokongan dan kecintaan dari semua pihak. Beliau pun
mulai membuka madrasah dengan menggunakan kurikulum yang menjadi teras bagi
rencana perjuangan beliau, yaitu bidang pengajian 'Aqaid al-Qur'an, tafsir,
fiqh, usul fiqh, hadith, musthalah hadith, gramatika (nahu/saraf)nya serta
lain- lain lagi dari ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Dalam waktu
yang singkat saja, Dar'iyah telah menjadi kiblat ilmu dan kota pelajar penuntut
Islam. Para penuntut ilmu, tua dan muda, berduyun-duyun datang ke negeri ini.
Di samping pendidikan formal (madrasah), diadakan juga dakwah, yang bersifat
terbuka untuk semua lapisan masyarakat umum, begitu juga majlis-majlis
ta'limnya.
Gema dakwah
beliau begitu membahana di seluruh pelosok Dar'iyah dan negeri-negeri jiran
yang lain. Kemudian, Syeikh mula menegakkan jihad, menulis surat-surat
dakwahnya kepada tokoh-tokoh tertentu untuk bergabung dengan barisan Muwahhidin
yang dipimpin oleh beliau sendiri. Hal ini dalam rangka pergerakan pembaharuan
tauhid demi membasmi syirik, bid'ah dan khurafat di negeri mereka masing-masing.
Untuk
langkah awal pergerakan itu, beliau memulai di negeri Najd. Beliau pun mula
mengirimkan surat-suratnya kepada ulama-ulama dan penguasa-penguasa di sana.
Berdakwah
Melalui Surat-menyurat
Syeikh
menempuh pelbagai macam dan cara, dalam menyampaikan dakwahnya, sesuai dengan
keadaan masyarakat yang dihadapinya. Di samping berdakwah melalui lisan, beliau
juga tidak mengabaikan dakwah secara pena dan pada saatnya juga jika perlu
beliau berdakwah dengan besi (pedang).
Maka Syeikh
mengirimkan suratnya kepada ulama-ulama Riyadh dan para umaranya, yang pada
ketika itu adalah Dahkan bin Dawwas. Surat-surat itu dikirimkannya juga kepada
para ulama Khariq dan penguasa- penguasa, begitu juga ulama-ulama negeri
Selatan, seperti al-Qasim, Hail, al-Wasyim, Sudair dan lain-lainnya.
Beliau terus
mengirimkan surat-surat dakwahnya itu ke sleuruh penjuru Arab, baik yang dekat
ataupun jauh. Semua surat-surat itu ditujukan kepada para umara dan ulama,
dalam hal ini termasuklah ulama negeri al-Ihsa', daerah Badwi dan Haramain
(Mekah - Madinah). Begitu juga kepada ulama-ulama Mesir, Syria, Iraq, Hindia,
Yaman dan lain-lain lagi. Di dalam surat-surat itu, beliau menjelaskan tentang
bahaya syirik yang mengancam negeri-negeri Islam di seluruh dunia, juga bahaya
bid'ah, khurafat dan tahyul.
Bukanlah
bererti bahwa ketika itu tidak ada lagi perhatian para ulama Islam setempat
kepada agama ini, sehingga seolah-olah bagaikan tidak ada lagi yang
memperahtikan masalah agama. Akan tetapi yang sedang kita bicarakan sekarang
adalah masalah negeri Najd dan sekitarnya.
Tentang
keadaan negeri Najd, di waktu itu sedang dilanda serba kemusyrikan, kekacauan,
keruntuhan moral, bid'ah dan khurafat. Kesemuanya itu timbul bukanlah karena
tidak adanya para ulama, malah ulama sangat ramai jumlahnya, tetapi kebanyakan
mereka tidak mampu menghadapi keadaan yang sudah begitu parah. Misalnya, di
negeri Yaman dan lainnya, di mana di sana tidak sedikit para ulamanya yang
aktif melakukan amar ma'ruf nahi mungkar, serta menjelaskan mana yang bid'ah
dan yang sunnah. Namun Allah belum mentaqdirkan kejayaan dakwah itu dari tangan
mereka seperti apa yang Allah taqdirkan kepada Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab.
Berkat
hubungan surat menyurat Syeikh terhadap para ulama dan umara dalam dan luar negeri,
telah menambahkan kemasyhuran nama Syeikh sehingga beliau disegani di antara
kawan dan lawannya, hingga jangkauan dakwahnya semakin jauh berkumandang di
luar negeri, dan tidak kecil pengaruhnya di kalangan para ulama dan pemikir
Islam di seluruh dunia, seperti di Hindia, Indonesia, Pakistan, Afthanistan,
Afrika Utara, Maghribi, Mesir, Syria, Iraq dan lain-lain lagi.
Memang cukup
banyak para da'i dan ulama di negeri-negeri tersebut tetapi pada waktu itu
kebanyakan di antara mereka yang kehilangan arah, meskipun mereka memiliki
ilmu-ilmu yang cukup memadai. Begitu semarak dan bergemanya suara dakwah dari
Najd ke negeri-negeri mereka, serentak mereka bangkit sahut-menyahut menerima
ajakan Syeikh Ibnu `Abdul Wahab untuk menumpaskan kemusyrikan dan memperjuangkan
pemurnian tauhid. Semangat mereka timbul kembali bagaikan pohon yang telah
layu, lalu datang hujan lebat menyiramnya sehingga menjadi hijau dan segar
kembali.
Demikianlah
banyaknya surat-menyurat di antara Syeikh dengan para ulama di dalam dan luar
Jazirah Arab, sehingga menjadi dokumen yang amat berharga sekali. Akhir-akhir
ini semua tulisan beliau, yang berupa risalah, maupun kitab-kitabnya, sedang
dihimpun untuk dicetak dan sebagian sudah dicetak dan disebarkan ke seluruh
pelosok dunia Islam, baik melalui Rabithah al-`Alam Islami, maupun terus dari
pihak kerajaan Saudi sendiri ( di masa mendatang). Begitu juga dengan
tulisan-tulisan dari putera-putera dan cucu-cucu beliau serta tulisan- tulisan
para murid-muridnya dan pendukung-pendukungnya yang telah mewarisi ilmu-ilmu
beliau. Di masa kini, tulisan-tulisan beliau sudah tersebar luas ke seluruh
pelosok dunia Islam.
Dengan
demikian, jadilah Dar'iyah sebagai pusat penyebaran dakwah kaum Muwahhidin
(gerakan pemurnian tauhid) oleh Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab yang didukung
oleh penguasa Amir Ibnu Saud. Kemudian murid-murid keluaran Dar'iyah pula
menyebarkan ajaran-ajaran tauhid murni ini ke seluruh pelusuk negeri dengan
cara membuka sekolah- sekolah di daerah-daerah mereka.
Namun,
meskipun demikian, perjalanan dakwah ini tidak sedikit mengalami rintangan dan
gangguan yang menghalangi. Tetapi setiap perjuangan itu tidak mungkin berjaya
tanpa adanya pengorbanan. Sejarah pembaharuan yang digerakkan oleh Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab ini tercatat dalam sejarah dunia sebagai yang paling
hebat dari jenisnya dan amat cemerlang.
Di samping
itu, hal ini merupakan suatu pergerakan perubahan besar yang banyak memakan
korban manusia maupun harta benda. Karena pergerakan ini mendapat tentangan bukan
hanya dari luar, akan tetapi lebih banyak datangnya dari kalangan sendiri,
terutama dari tokoh- tokoh agama Islam sendiri yang takut akan kehilangan
pangkat, kedudukan, pengaruh dan jamaahnya. Namun, oleh karena perlawanan sudah
juga digencarkan muslimin sendiri, maka orang-orang di luar Islam pula,
terutama kaum orientalis mendapat angin segar untuk turut campur-tangan
membesarkan perselisihan diantara umat Islam sehingga terjadi saling
membid'ahkan dan bahkan saling mengkafirkan.
Masa-masa
tersebut telah pun berlalu. Umat Islam kini sudah sedar tentang apa dan siapa
kaum pengikut dakwah Rasulullah yang diteruskan Muhammad bin Abdul Wahhab
(dijuluki Wahabi). Dan satu persatu kejahatan dan kebusukan kaum orientalis
yang sengaja mengadu domba antara sesama umat Islam semenjak awal, begitu juga
dari kaum penjajah Barat, semuanya kini sudah terungkap.
Meskipun
usaha musuh-musuh dakwahnya begitu hebat, sama ada dari kalangan dalam Islam
sendiri, mahupun dari kalangan luarnya, yang dilancarkan melalui pena atau
ucapan, yang ditujukan untuk membendung dakwah tauhid ini, namun usaha mereka
sia-sia belaka, karena ternyata Allah subhaanahu wa ta'ala telah memenangkan
perjuangan dakwah tauhid yang dipelopori oleh Syeikh Islam, Imam Muhammad bin
`Abdul Wahab yang telah mendapat sambutan bukan hanya oleh penduduk negeri Najd
saja, akan tetapi juga sudah menggema ke seluruh dunia Islam dari Maghribi
sampai ke Merauke, malah kini sudah berkumandang pula ke seluruh jagat raya.
Dalam hal
ini, jasa-jasa Putera Muhammad bin Saud (pendiri kerajaan Arab Saudi) dengan
semua anak cucunya tidaklah boleh dilupakan begitu saja, di mana dari masa ke
masa mereka telah membantu perjuangan tauhid ini dengan harta dan jiwa.
SIAPAKAH
Salafiyyah ITU?
SEBAGAIMANA
yang telah disebutkan, bahwa Salafiyyah itu adalah suatu pergerakan pembaharuan
di bidang agama, khususnya di bidang ketauhidan. Tujuannya ialah untuk
memurnikan kembali ketauhidan yang telah tercemar oleh pelbagai macam bid'ah
dan khurafat yang membawa kepada kemusyrikan.
Untuk
mencapai tujuan tersebut, Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah menempuh
pelbagai macam cara. Kadangkala lembut dan kadangkala kasar, sesuai dengan
sifat orang yang dihadapinya. Beliau mendapat pertentangan dan perlawanan dari
kelompok yang tidak menyenanginya karena sikapnya yang tegas dan tanpa
kompromi, sehingga lawan- lawannya membuat tuduhan-tuduhan ataupun pelbagai
fitnah terhadap dirinya dan pengikut-pengikutnya.
Musuh-musuhnya
pernah menuduh bahwa Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab telah melarang para
pengikutnya membaca kitab fiqh, tafsir dan hadith. Malahan ada yang lebih keji,
yaitu menuduh Syeikh Muhammad telah membakar beberapa kitab tersebut, serta
menafsirkan al-Qur'an menurut kehendak hawa nafsu sendiri.
Apa yang
dituduh dan difitnah terhadap Syeikh Ibnu `Abdul Wahab itu, telah dijawab
dengan tegas oleh seorang pengarang terkenal, yaitu al- Allamah Syeikh Muhammad
Basyir as-Sahsawani, dalam bukunya yang berjudul Shiyanah al-Insan di halaman
473 seperti berikut:
"Sebenarnya
tuduhan tersebut telah dijawab sendiri oleh Syeikh Ibnu `Abdul Wahab sendiri
dalam suatu risalah yang ditulisnya dan dialamatkan kepada `Abdullah bin Suhaim
dalam pelbagai masalah yang diperselisihkan itu. Diantaranya beliau menulis
bahwa semua itu adalah bohong dan kata-kata dusta belaka, seperti dia dituduh
membatalkan kitab-kitab mazhab, dan dia mendakwakan dirinya sebagai mujtahid,
bukan muqallid."
Kemudian
dalam sebuah risalah yang dikirimnya kepada `Abdurrahman bin `Abdullah,
Muhammad bin `Abdul Wahab berkata: "Aqidah dan agama yang aku anut, ialah
mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, sebagai tuntunan yang dipegang oleh para Imam
Muslimin, seperti Imam-imam Mazhab empat dan pengikut-pengikutnya sampai hari
kiamat. Aku hanyalah suka menjelaskan kepada orang-orang tentang pemurnian
agama dan aku larang mereka berdoa (mohon syafaat) pada orang yang hidup atau
orang mati daripada orang-orang soleh dan lainnya."
`Abdullah
bin Muhammad bin `Abdul Wahab, menulis dalam risalahnya sebagai ringkasan dari
beberapa hasil karya ayahnya, Syeikh Ibnu `Abdul Wahab, seperti berikut:
"Bahwa mazhab kami dalam Ushuluddin (Tauhid) adalah mazhab Ahlus Sunnah
wal Jamaah, dan cara (sistem) pemahaman kami adalah mengikuti cara Ulama Salaf.
Sedangkan dalam hal masalah furu' (fiqh) kami cenderung mengikuti mazhab Ahmad
bin Hanbal rahimahullah. Kami tidak pernah mengingkari (melarang) seseorang
bermazhab dengan salah satu daripada mazhab yang empat. Dan kami tidak
mempersetujui seseorang bermazhab kepada mazhab yang luar dari mazhab empat,
seprti mazhab Rafidhah, Zaidiyah, Imamiyah dan lain- lain lagi. Kami tidak
membenarkan mereka mengikuti mazhab-mazhab yang batil. Malah kami memaksa
mereka supaya bertaqlid (ikut) kepada salah satu dari mazhab empat tersebut.
Kami tidak pernah sama sekali mengaku bahwa kami sudah sampai ke tingkat
mujtahid mutlaq, juga tidak seorang pun di antara para pengikut kami yang
berani mendakwakan dirinya dengan demikian. Hanya ada beberapa masalah yang
kalau kami lihat di sana ada nash yang jelas, baik dari Qur'an mahupun Sunnah,
dan setelah kami periksa dengan teliti tidak ada yang menasakhkannya, atau yang
mentaskhsiskannya atau yang menentangnya, lebih kuat daripadanya, serta
dipegangi pula oleh salah seorang Imam empat, maka kami mengambilnya dan kami
meninggalkan mazhab yang kami anut, seperti dalam masalah warisan yang
menyangkut dengan kakek dan saudara lelaki; Dalam hal ini kami berpendirian
mendahulukan kakek, meskipun menyalahi mazhab kami (Hambali)."
Demikianlah
bunyi isi tulisan kitab Shiyanah al-Insan, hal. 474. Seterusnya beliau berkata:
"Adapun yang mereka fitnah kepada kami, sudah tentu dengan maksud untuk
menutup-nutupi dan menghalang-halangi yang hak, dan mereka membohongi orang
banyak dengan berkata: `Bahwa kami suka mentafsirkan Qur'an dengan selera kami,
tanpa mengindahkan kitab-kitab tafsirnya. Dan kami tidak percaya kepada ulama,
menghina Nabi kita Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam' dan dengan perkataan
`bahwa jasad Nabi shallallahu 'alaihi wasallam itu buruk di dalam kuburnya. Dan
bahwa tongkat kami ini lebih bermanfaat daripada Nabi, dan Nabi itu tidak
mempunyai syafaat.
Dan ziarah
kepada kubur Nabi itu tidak sunat, Nabi tidak mengerti makna "La ilaha
illallah" sehingga perlu diturunkan kepadanya ayat yang berbunyi:
"Fa'lam annahu La ilaha illallah," dan ayat ini diturunkan di
Madinah. Dituduhnya kami lagi, bahwa kami tidak percaya kepada pendapat para
ulama. Kami telah menghancurkan kitab-kitab karangan para ulama mazhab, karena
didalamnya bercampur antara yang hak dan batil. Malah kami dianggap mujassimah
(menjasmanikan Allah), serta kami mengkufurkan orang-orang yang hidup sesudah
abad keenam, kecuali yang mengikuti kami. Selain itu kami juga dituduh tidak
mahu menerima bai'ah seseorang sehingga kami menetapkan atasnya `bahwa dia itu
bukan musyrik begitu juga ibu-bapaknya juga bukan musyrik.'
Dikatakan
lagi bahwa kami telah melarang manusia membaca selawat ke atas Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dan mengharamkan berziarah ke kubur-kubur. Kemudian
dikatakannya pula, jika seseorang yang mengikuti ajaran agama sesuai dengan
kami, maka orang itu akan diberikan kelonggaran dan kebebasan dari segala beban
dan tanggungan atau hutang sekalipun.
Kami dituduh
tidak mahu mengakui kebenaran para ahlul Bait radhiallahu anhu. Dan kami
memaksa menikahkan seseorang yang tidak kufu serta memaksa seseorang yang tua
umurnya dan ia mempunyai isteri yang muda untuk diceraikannya, karena akan
dinikahkan dengan pemuda lainnya untuk mengangkat derajat golongan kami.
Maka semua
tuduhan yang diada-adakan dalam hal ini sungguh kami tidak mengerti apa yang
harus kami katakan sebagai jawapan, kecuali yang dapat kami katakan hanya
"Subhanaka - Maha suci Engkau ya Allah" ini adalah kebohongan yang
besar. Oleh karena itu, maka barangsiapa menuduh kami dengan hal-hal yang
tersebut di atas tadi, mereka telah melakukan kebohongan yang amat besar
terhadap kami. Barangsiapa mengaku dan menyaksikan bahwa apa yang dituduhkan
tadi adalah perbuatan kami, maka ketahuilah: bahwa kesemuanya itu adalah suatu
penghinaan terhadap kami, yang dicipta oleh musuh-musuh agama ataupun
teman-teman syaithan dari menjauhkan manusia untuk mengikuti ajaran
sebersih-bersih tauhid kepada Allah dan keikhlasan beribadah kepadaNya.
Kami
beri'tiqad bahwa seseorang yang mengerjakan dosa besar, seperti melakukan
pembunuhan terhadap seseorang Muslim tanpa alasan yang wajar, begitu juga
seperti berzina, riba' dan minum arak, meskipun berulang-ulang, maka orang itu
hukumnya tidaklah keluar dari Islam (murtad), dan tidak kekal dalam neraka,
apabila ia tetap bertauhid kepada Allah dalam semua ibadahnya." (Shiyanah
al-Insan, m.s 475)
Khusus
tentang Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam, Syeikh Muhammad bin `Abdul
Wahab berkata: "Dan apapun yang kami yakini terhadap martabat Muhammad
shallallahu 'alaihi wasallam bahwa martabat beliau itu adalah setinggi-tinggi
martabat makhluk secara mutlak. Dan Beliau itu hidup di dalam kuburnya dalam
keadaan yang lebih daripada kehidupan para syuhada yang telah digariskan dalam
Al-Qur'an. Karena Beliau itu lebih utama dari mereka, dengan tidak diragukan
lagi. Bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendengar salam orang yang
mengucapkan kepadanya. Dan adalah sunnah berziarah kepada kuburnya, kecuali
jika semata-mata dari jauh hanya datang untuk berziarah ke maqamnya. Namun
Sunat juga berziarah ke masjid Nabi dan melakukan solat di dalamnya, kemudian
berziarah ke maqamnya. Dan barangsiapa yang menggunakan waktunya yang berharga
untuk membaca selawat ke atas Nabi, selawat yang datang daripada beliau
sendiri, maka ia akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat."
Tantangan
Dakwah Salafiyyah
Sebagaimana
lazimnya, seorang pemimpin besar dalam suatu gerakan perubahan , maka Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab pun tidak lepas dari sasaran permusuhan dari
pihak-pihak tertentu, baik dari dalam maupun dari luar Islam, terutama setelah
Syeikh menyebarkah dakwahnya dengan tegas melalui tulisan-tulisannya, berupa
buku-buku mahupun surat-surat yang tidak terkira banyaknya. Surat-surat itu
dikirim ke segenap penjuru negeri Arab dan juga negeri-negeri Ajam (bukan
Arab).
Surat-suratnya
itu dibalas oleh pihak yang menerimanya, sehingga menjadi beratus-ratus
banyaknya. Mungkin kalau dibukukan niscaya akan menjadi puluhan jilid tebalnya.
Sebagian dari surat-surat ini sudah dihimpun, diedit serta diberi ta'liq dan
sudah diterbitkan, sebagian lainnya sedang dalam proses penyusunan. Ini tidak
termasuk buku-buku yang sangat berharga yang sempat ditulis sendiri oleh Syeikh
di celah-celah kesibukannya yang luarbiasa itu. Adapun buku-buku yang sempat
ditulisnya itu berupa buku-buku pegangan dan rujukan kurikulum yang dipakai di
madrasah- madrasah ketika beliau memimpin gerakan tauhidnya.
Tentangan
maupun permusuhan yang menghalang dakwahnya, muncul dalam dua bentuk: 1.
Permusuhan atau tentangan atas nama ilmiyah dan agama, 2. Atas nama politik
yang berselubung agama. Bagi yang terakhir, mereka memperalatkan golongan ulama
tertentu, demi mendukung kumpulan mereka untuk memusuhi dakwah Wahabiyah.
Mereka menuduh dan memfitnah Syeikh sebagai orang yang sesat lagi menyesatkan,
sebagai kaum Khawarij, sebagai orang yang ingkar terhadap ijma' ulama dan
pelbagai macam tuduhan buruk lainnya. Namun Syeikh menghadapi semuanya itu
dengan semangat tinggi, dengan tenang, sabar dan beliau tetap melancarkan
dakwah bil lisan dan bil hal, tanpa mempedulikan celaan orang yang mencelanya.
Pada
hakikatnya ada tiga golongan musuh-musuh dakwah beliau:
1. Golongan
ulama khurafat, yang mana mereka melihat yang haq (benar) itu batil dan yang
batil itu haq. Mereka menganggap bahwa mendirikan bangunan di atas kuburan lalu
dijadikan sebagai masjid untuk bersembahyang dan berdoa di sana dan
mempersekutukan Allah dengan penghuni kubur, meminta bantuan dan meminta
syafaat padanya, semua itu adalah agama dan ibadah. Dan jika ada orang-orang
yang melarang mereka dari perbuatan jahiliyah yang telah menjadi adat tradisi
nenek moyangnya, mereka menganggap bahwa orang itu membenci auliya' dan
orang-orang soleh, yang bererti musuh mereka yang harus segera diperangi.
2. Golongan
ulama taashub, yang mana mereka tidak banyak tahu tentang hakikat Syeikh
Muhammad bin `Abdul Wahab dan hakikat ajarannya. Mereka hanya taqlid belaka dan
percaya saja terhadap berita-berita negatif mengenai Syeikh yang disampaikan
oleh kumpulan pertama di atas sehingga mereka terjebak dalam perangkap
Ashabiyah (kebanggaan dengan golongannya) yang sempit tanpa mendapat kesempatan
untuk melepaskan diri dari belitan ketaashubannya. Lalu menganggap Syeikh dan
para pengikutnya seperti yang diberitakan, yaitu; anti Auliya' dan memusuhi
orang-orang shaleh serta mengingkari karamah mereka. Mereka mencaci-maki Syeikh
habis-habisan dan beliau dituduh sebagai murtad.
3. Golongan
yang takut kehilangan pangkat dan jawatan, pengaruh dan kedudukan. Maka
golongan ini memusuhi beliau supaya dakwah Islamiyah yang dilancarkan oleh
Syeikh yang berpandukan kepada aqidah Salafiyah murni gagal karena ditelan oleh
suasana hingar-bingarnya penentang beliau.
Demikianlah
tiga jenis musuh yang lahir di tengah-tengah nyalanya api gerakan yang
digerakkan oleh Syeikh dari Najd ini, yang mana akhirnya terjadilah perang
perdebatan dan polemik yang berkepanjangan di antara Syeikh di satu pihak dan
lawannya di pihak yang lain. Syeikh menulis surat-surat dakwahnya kepada
mereka, dan mereka menjawabnya. Demikianlah seterusnya. Perang pena yang terus
menerus berlangsung itu, bukan hanya terjadi di masa hayat Syeikh sendiri, akan
tetapi berterusan sampai kepada anak cucunya. Di mana anak cucunya ini juga
ditakdirkan Allah menjadi ulama.
Merekalah
yang meneruskan perjuangan al-maghfurlah Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab, yang
dibantu oleh para muridnya dan pendukung-pendukung ajarannya. Demikianlah
perjuangan Syeikh yang berawal dengan lisan, lalu dengan pena dan seterusnya
dengan senjata, telah didukung sepenuhnya oleh Amir Muhammad bin Saud, penguasa
Dar'iyah.
Beliau
pertama kali yang mengumandangkan jihadnya dengan pedang pada tahun 1158 H.
Sebagaimana kita ketahui bahwa seorang da'i ilallah, apabila tidak didukung
oleh kekuatan yang mantap, pasti dakwahnya akan surut, meskipun pada tahap
pertama mengalami kemajuan. Namun pada akhirnya orang akan jemu dan secara
beransur-ansur dakwah itu akan ditinggalkan oleh para pendukungnya.
Oleh karena
itu, maka kekuatan yang paling ampuh untuk mempertahankan dakwah dan
pendukungnya, tidak lain harus didukung oleh senjata. Karena masyarakat yang
dijadikan sebagai objek daripada dakwah kadangkala tidak mampan dengan lisan
mahupun tulisan, akan tetapi mereka harus diiring dengan senjata, maka waktu
itulah perlunya memainkan peranan senjata.
Alangkah
benarnya firman Allah subhaanahu wa ta'ala: " Sesungguhnya Kami telah
mengutus Rasul-rasul Kami, dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami
turunkan bersama mereka Al-Kitab dan Mizan/neraca (keadilan) supaya manusia
dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami ciptakan besi yang padanya terdapat
kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi umat manusia, dan supaya Allah
mengetahui siapa yang menolong (agama)Nya dan RasulNya padahal Allah tidak
dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa." (al-Hadid:25)
Ayat di atas
menerangkan bahwa Allah subhaanahu wa ta'ala mengutus para RasulNya dengan
disertai bukti-bukti yang nyata untuk menumpaskan kebatilan dan menegakkan
kebenaran. Di samping itu pula, mereka dibekalkan dengan Kitab yang di dalamnya
terdapat pelbagai macam hukum dan undang-undang, keterangan dan penjelasan.
Juga Allah menciptakan neraca (mizan) keadilan, baik dan buruk serta haq dan
batil, demi tertegaknya kebenaran dan keadilan di tengah-tengah umat manusia.
Namun semua
itu tidak mungkin berjalan dengan lancar dan stabil tanpa ditunjang oleh
kekuatan besi (senjata) yang menurut keterangan al-Qur'an al-Hadid fihi basun
syadid yaitu, besi baja yang mempunyai kekuatan dahsyat. yaitu berupa senjata
tajam, senjata api, peluru, senapan, meriam, kapal perang, nuklir dan lain-lain
lagi, yang pembuatannya mesti menggunakan unsur besi.
Sungguh besi
itu amat besar manfaatnya bagi kepentingan umat manusia yang mana al-Qur'an
menyatakan dengan Wama nafiu linasi yaitu dan banyak manfaatnya bagi umat
manusia. Apatah lagi jika dipergunakan bagi kepentingan dakwah dan menegakkan
keadilan dan kebenaran seperti yang telah dimanfaatkan oleh Syeikh Muhammad bin
`Abdul Wahab semasa gerakan tauhidnya tiga abad yang lalu.
Orang yang
mempunyai akal yang sehat dan fikiran yang bersih akan mudah menerima
ajaran-ajaran agama, sama ada yang dibawa oleh Nabi, mahupun oleh para ulama.
Akan tetapi bagi orang zalim dan suka melakukan kejahatan, yang diperhambakan
oleh hawa nafsunya, mereka tidak akan tunduk dan tidak akan mau menerimanya,
melainkan jika mereka diiring dengan senjata.
Demikianlah
Syeikh Muhammad bin `Abdul Wahab dalam dakwah dan jihadnya telah memanfaatkan
lisan, pena serta pedangnya seperti yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam sendiri, di waktu baginda mengajak kaum Quraisy kepada agama
Islam pada waktu dahulu. Yang demikian itu telah dilakukan terus menerus oleh
Syeikh Muhammad selama lebih kurang 48 tahun tanpa berhenti, yaitu dari tahun
1158 hinggalah akhir hayatnya pada tahun 1206 H.
Adalah suatu
kebahagiaan yang tidak terucapkan bagi beliau, yang mana beliau dapat
menyaksikan sendiri akan kejayaan dakwahnya di tanah Najd dan daerah sekelilingnya,
sehingga masyarakat Islam pada ketika itu telah kembali kepada ajaran agama
yang sebenar-benarnya, sesuai dengan tuntunan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
Dengan
demikian, maka maqam-maqam yang didirikan dengan kubah yang lebih mewah dari
kubah masjid-masjid, sudah tidak kelihatan lagi di seluruh negeri Najd, dan
orang ramai mula berduyun-duyun pergi memenuhi masjid untuk bersembahyang dan
mempelajari ilmu agama. Amar ma'ruf ditegakkan, keamanan dan ketenteraman
masyarakat menjadi stabil dan merata di kota mahupun di desa. Syeikh kemudian
mengirim guru-guru agama dan mursyid-mursyid ke seluruh pelusuk desa untuk
mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat setempat terutama yang
berhubungan dengan aqidah dan syari'ah.
Setelah
beliau meninggal dunia, perjuangan tersebut diteruskan pula oleh anak-anak dan
cucu-cucunya, begitu juga oleh murid-murid dan pendukung-pendukung dakwahnya.
Yang dipelopori oleh anak-anak Syeikh sendiri, seperti Syeikh Imam `Abdullah
bin Muhammad, Syeikh Husin bin Muhammad, Syeikh Ibrahim bin Muhammad, Syeikh
Ali bin Muhammad. Dan dari cucu-cucunya antara lain ialah Syeikh `Abdurrahman
bin Hasan, Syeikh Ali bin Husin, Syeikh Sulaiman bin `Abdullah bin Muhammad dan
lain-lain. Dari kalangan murid-murid beliau yang paling menonjol ialah Syeikh
Hamad bin Nasir bin Mu'ammar dan ramai lagi jamaah lainnya dari para ulama
Dar'iyah.
Masjid-masjid
telah penuh dengan penuntut-penuntut ilmu yang belajar tentang pelbagai macam
ilmu Islam, terutama tafsir, hadith, tarikh Islam, ilmu qawa'id dan lain-lain
lagi. Meskipun kecenderungan dan minat mansyarakat demikian tinggi untuk
menuntut ilmu agama, namun mereka pun tidak ketinggalan dalam hal ilmu-ilmu
keduniaan seperti ilmu ekonomi, pertanian, perdagangan, pertukangan dan
lain-lain lagi yang mana semuanya itu diajarkan di masjid dan dipraktikkan
dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Setelah
kejayaan Syeikh Muhammad bersama keluarga Amir Ibnu Saud menguasai daerah Najd,
maka sasaran dakwahnya kini ditujukan ke negeri Mekah dan negeri Madinah
(Haramain) dan daerah Selatan Jazirah Arab. Mula-mula Syeikh menawarkan kepada
mereka dakwahnya melalui surat menyurat terhadap para ulamanya, namun mereka
tidak mau menerimanya.
Mereka tetap
bertahan pada ajaran-ajaran nenek moyang yang mengkeramatkan kuburan dan
mendirikan masjid di atasnya, lalu berduyun-duyun datang ke tempat itu meminta
syafaat, meminta berkat, dan meminta agar dikabulkan hajat pada ahli kubur atau
dengan mempersekutukan si penghuni kubur itu dengan Allah subhaanahu wa ta'ala.
Sebelas
tahun setelah meninggalnya kedua tokoh mujahid ini, yaitu Syeikh dan Amir Ibnu
Saud, kemudian tampillah Imam Saud bin `Abdul `Aziz untuk meneruskan perjuangan
pendahulunya. Imam Saud adalah cucu
kepada Amir Muhammad bin Saud, rekan seperjuangan Syeikh semasa beliau masih hidup.
kepada Amir Muhammad bin Saud, rekan seperjuangan Syeikh semasa beliau masih hidup.
Berangkatlah
Imam Saud bin `Abdul `Aziz menuju tanah Haram Mekah dan Madinah (Haramain) yang
dikenal juga dengan nama tanah Hijaz.
Mula-mula
beliau bersama pasukannya berjaya menduduki Tha'if. Penaklukan Tha'if tidak
begitu banyak mengalami kesukaran karena sebelumnya Imam Saud bin `Abdul `Aziz
telah mengirimkan Amir Uthman bin `Abdurrahman al-Mudhayifi dengan membawa
pasukannya dalam jumlah yang besar untuk mengepung Tha'if. Pasukan ini terdiri
dari orang-orang Najd dan daerah sekitarnya. Oleh karena itu Ibnu `Abdul `Aziz
tidak mengalami banyak kerugian dalam penaklukan negeri Tha'if, sehingga dalam
waktu singkat negeri Tha'if menyerah dan jatuh ke tangan Salafy (pengikut
Syaikh Muhammad).
Di Tha'if,
pasukan muwahidin membongkar beberapa maqam yang di atasnya didirikan masjid,
di antara maqam yang dibongkar adalah maqam Ibnu Abbas radhiallahu anhu.
Masyarakat setempat menjadikan maqam ini sebagai tempat ibadah, dan meminta
syafaat serta berkat daripadanya.
Dari Tha'if
pasukan Imam Saud bergerak menuju Hijaz dan mengepung kota Mekah. Manakala
Gubernur Mekah mengetahui sebab pengepungan tersebut (waktu itu Mekah di bawah
pimpinan Syarif Husin), maka hanya ada dua pilihan baginya, menyerah kepada
pasukan Imam Saud atau melarikan diri ke negeri lain. Ia memilih pilihan kedua,
yaitu melarikan diri ke Jeddah. Kemudian, pasukan Saud segera masuk ke kota
Mekah untuk kemudian menguasainya tanpa perlawanan sedikit pun.
Tepat pada
waktu fajar, Muharram 1218 H, kota suci Mekah sudah berada di bawah kekuasaan
muwahidin sepenuhnya. Seperti biasa, pasukan muwahidin sentiasa mengutamakan
sasarannya untuk menghancurkan patung-patung yang dibuat dalam bentuk kubah di
perkuburan yang dianggap keramat, yang semuanya itu boleh mengundang kemusyrikan
bagi kaum Muslimin.Maka semua lambang-lambang kemusyrikan yang didirikan di
atas kuburan yang berbentuk kubah-kubah masjid di seluruh Hijaz, semuanya
diratakan, termasuk kubah yang didirikan di atas kubur Khadijah radhiallahu
anhu, isteri pertama Nabi kita Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam.
Bersamaan
dengan itu mereka melantik sejumlah guru, da'i, mursyid serta hakim untuk
ditugaskan di daerah Hijaz. Selang dua tahun setelah penaklukan Mekah, pasukan
Imam Saud bergerak menuju Madinah. Seperti halnya di Mekah, Madinah pun dalam
waktu yang singkat saja telah dapat dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Muwahhidin
di bawah panglima Putera Saud bin Abdul Aziz, peristiwa ini berlaku pada tahun
1220 H.
Dengan
demikian, daerah Haramain (Mekah - Madinah) telah jatuh ke tangan muwahidin.
Dan sejak itulah status sosial dan ekonomi masyarakat Hijaz secara
berangsur-angsur dapat dipulihkan kembali, sehingga semua lapisan masyarakat
merasa aman, tenteram dan tertib, yang selama ini sangat mereka inginkan.
Walaupun
sebagai sebuah daerah yang ditaklukan, keluarga Saud tidaklah memperlakukan
rakyat dengan sesuka hati. Keluarga Saud sangat baik terhadap rakyat terutama
pada kalangan fakir miskin yang mana pihak kerajaan memberi perhatian yang
berat terhadap nasib mereka. Dan tetaplah kawasan Hijaz berada di bawah
kekuasaan muwahidin (Saudi) yang dipimpin oleh keluarga Saud sehingga pada
tahun 1226 H.
Setelah
delapan tahun wilayah ini berada di bawah kekuasaan Imam Saud, pemerintah Mesir
bersama sekutunya Turki, mengirimkan pasukannya untuk membebaskan tanah Hijaz,
terutama Mekah dan Madinah dari tangan muwahidin sekaligus hendak mengusir
mereka keluar dari daerah tersebut.
Adapun sebab
campurtangan pemerintah Mesir dan Turki itu adalah seperti yang telah
dikemukakan pada bahagian yang lalu, yaitu karena pergerakan muwahidin mendapat
banyak tantangan dari pihak musuh-musuhnya, bahkan musuh dari pihak dalam Islam
sendiri apalagi dari luar Islam, yang bertujuan sama yaitu untuk mematikan dan
memadamkan api gerakan dakwah Salafiyyah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab.
Oleh karena
musuh-musuh gerakan Salafiyyah tidak mempunyai kekuatan yang memadai untuk
menentang pergerakan Wahabiyah, maka mereka menghasut pemerintah Mesir dan
Turki dengan menggunakan nama agama, seperti yang telah diterangkan pada kisah
yang lalu. Akhirnya pasukan Mesir dan Turki menyerbu ke negeri Hijaz untuk
membebaskan kedua kota suci Mekah dan Madinah dari cengkaman kaum muwahiddin,
sehingga terjadilah peperangan di antara Mesir bersama sekutunya Turki di satu
pihak melawan pasukan muwahidin dari Najd dan Hijaz di pihak lain. Peperangan
ini telah berlangsung selama tujuh tahun, yaitu dari tahun 1226 hingga 1234 H.
Dalam masa
perang tujuh tahun itu tidak sedikit kerugian yang dialami oleh kedua belah
pihak, terutama dari pihak pasukan Najd dan Hijaz, selain kerugian harta benda,
tidak sedikit pula kerugian nyawa dan korban manusia. Tetapi syukur
alhamdulillah, setelah lima tahun berlangsung perang saudara di antara
Mesir-Turki dan Wahabi, pihak Mesir maupun Turki sudah mulai jemu dan bosan
menghadapi peperangan yang berkepanjangan itu. Akhirnya, secara perlahan-lahan
mereka sedar bahwa mereka telah keliru, sekaligus mereka menyadari bahwa
sesungguhnya gerakan Wahabi tidak lain adalah sebuah gerakan Aqidah murni dan
patut ditunjang serta didukung oleh seluruh umat Islam.
Dalam dua
tahun terakhir menjelang selesainya peperangan, secara diam-diam gerakan
muwahidin terus melakukan gerakan dakwah dan mencetak kader-kadernya demi
penerusan gerakan aqidah di masa-masa akan datang. Berakhirnya peperangan yang
telah memakan waktu tujuh tahun tersebut, membikin dakwah Salafiyyah mulai
lancar kembali seperti biasa.
Semua
kekacauan di tanah Hijaz boleh dikatakan berakhir pada tahun 1239 H. Begitu
juga dakwah Salafiyyah telah tersebar secara meluas dan merata ke seluruh
pelusuk Najd dan sekitarnya, di bawah kepemimpinan Imam Turki bin `Abdullah bin
Muhammad bin Saud, adik sepupu Amir Saud bin `Abdul `Aziz yang disebutkan
dahulu.
Semenjak
kekuasaan dipegang oleh Amir Turki bin `Abdullah, suasana Najd dan sekitarnya
berangsur-angsur pulih kembali, sehingga memungkinkan bagi keluarga Saud
(al-Saud) bersama keluarga Syeikh Muhammad (al-Syeikh) untuk melancarkan
kembali dakwah mereka dengan lisan dan tulisan melalui juru-juru dakwah, para
ulama serta para Khutaba.
Suasana yang
sebelumnya penuh dengan huru-hara dan saling berperang, kini telah berubah
menjadi suasana yang penuh aman dan damai menyebabkan syiar Islam kelihatan di
mana-mana di seluruh tanah Hijaz, Najd dan sekitarnya. Sedangkan syi'ar
kemusyrikan sudah hancur diratakan dengan tanah. Ibadah hanya kepada Allah,
tidak lagi ke perkuburan dan makhluk-makhluk lainnya. Masjid mulai kelihatan
semarak dan lebih banyak dikunjungi oleh umat Islam, dibanding ke maqam-maqam
yang dianggap keramat seperti sebelumnya.
Khususnya
daerah Hijaz dengan kota Mekah dan Madinah, begitu lama terputus hubungan
dengan Kerajaan (daulah) Saudiyah, yaitu semenjak perlanggaran Mesir dan
sekutunya pada tahun 1226 -1342, yang bererti lebih kurang seratus duapuluh
tujuh tahun wilayah Hijaz terlepas dari tangan dinasti Saudiyah. Dan barulah
kembali ke tangan mereka pada tahun 1343 H, yaitu di saat daulah Saudiyah
dipimpin oleh Imam `Abdul `Aziz bin `Abdurrahman bin Faisal bin Turki bin `Abdullah
bin Muhammad bin Saud, cucu keempat dari pendiri dinasti Saudiyah, Amir
Muhammad bin Saud al-Awal.
Menurut
sejarah, setelah Mekah - Madinah kembali ke pangkuan Arab Saudi pada tahun
1343, hubungan Saudi - Mesir tetap tidak begitu baik yang mana tidak ada
hubungan diplomatik di antara kedua negara tersebut, meskipun kedua bangsa itu
tetap terjalin ukhuwah Islamiyah. Namun setelah Raja Faisal menaiki tahta
menjadi ketua negara Saudi, hubungan Saudi - Mesir disambung kembali hingga
kini.
Wafatnya
Muhammad bin
`Abdul Wahab telah menghabiskan waktunya selama 48 tahun lebih di Dar'iyah.
Keseluruhan hidupnya diisi dengan kegiatan menulis, mengajar, berdakwah dan
berjihad serta mengabdi sebagai menteri penerangan Kerajaan Saudi di Tanah
Arab.
Dan Allah
telah memanjangkan umurnya sampai 92 tahun, sehingga beliau dapat menyaksikan
sendiri kejayaan dakwah dan kesetiaan pendukung-pendukungnya. Semuanya itu
adalah berkat pertolongan Allah dan berkat dakwah dan jihadnya yang gigih dan
tidak kenal menyerah waktu itu.
Kemudian,
setelah puas melihat hasil kemenangannya di seluruh negeri Dar'iyah dan
sekitarnya, dengan hati yang tenang, perasaan yang lega, Muhammad bin `Abdul
Wahab menghadap Tuhannya. Beliau kembali ke Rahmatullah pada tanggal 29 Syawal
1206 H, bersamaan dengan tahun 1793 M, dalam usia 92 tahun. Jenazahnya
dikebumikan di Dar'iyah (Najd). Semoga Allah melapangkan kuburnya, dan menerima
segala amal solehnya serta mendapatkan tempat yang layak di sisi Allah
subhaanahu wa ta'ala. Amin.